Latar belakang Material_(album_Yuna)

Material merupakan album bahasa Melayu pertama Yuna yang terdiri daripada 7 lagu, dimana lagu bertajuk "Material" menjadi single utama untuk album ini. Kebanyakan lagu di dalam album ini telah dikeluarkan beberapa tahun yang lalu sebagai single berasingan. Matlamat album ini adalah untuk meluahkan kerinduan beliau terhadap Malaysia dan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan semua peminat dan penyokongnya di Malaysia.

Yuna telah melancarkan album Bahasa Inggeris di Malaysia dan juga telah menetap di Amerika Syarikat selama 5 tahun yang lalu untuk mengeluarkan album antarabangsa. Album Material merupakan satu penghormatan kepada tanah kelahirannya, kerana kesemua lagu adalah dalam bahasa ibunda, yang sekaligus mengingatkan Yuna kepada asal usulnya.

Sama seperti single "Material", ia menceritakan kisah bagaimana Yuna yang mahu hidup dalam dunia Material, dengan semua kemasyhuran dan tekanan yang telah beliau lalui, sepanjang bertahun-tahun kejayaannya. Bagaimanapun, beliau mengatasi itu dengan mengingatkan dirinya di mana dia datang dan untuk selalu kembali kepada asal-usulnya. Beliau mengingatkan dirinya dengan rakan-rakan, keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong dari awal kerjayanya yang bermula di Malaysia.